fbpx

KPM umum pengoperasian institusi pendidikan KPM di negeri beralih fasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KPM akan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding Mac yang dilaksanakan sejak tahun 2022 susulan pandemik Covid-19. - GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Pembukaan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bagi Selangor, Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya kekal pada Isnin depan berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Menurut KPM, pembukaan institusi pendidikan itu selari dengan peralihan fasa PPN bagi Selangor, Melaka dan Kedah serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berkuat kuasa esok.

Jelasnya, ia melibatkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK), Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas (SMKPK) serta Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional (SMPKV) dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Turut terlibat ialah murid Tingkatan 6 Semester 2, International Baccalaureate Diploma (IBD) Tahun 2, Program Prauniversiti Semester 3 di Sekolah Sukan Sukan Malaysia dan Murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-Level Australia Higher School Certificate dan IBDP).

“Bermula 1 Oktober 2021, negeri Selangor dan Melaka serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan beralih ke Fasa 3 PPN. Oleh itu, pengoperasian institusi pendidikan di negeri berkenaan mengikut ketetapan Fasa 3 PPN akan bermula pada 18 Oktober 2021.

“Ini melibatkan pertambahan kemasukan murid lain meliputi murid prasekolah, kelas peperiksaan awam di sekolah asrama sepenuhnya, sekolah harian, sekolah swasta, IBD, Prauniversiti Sekolah Sukan Malaysia serta kelas peperiksaan antarabangsa yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, pembukaan institusi pendidikan bagi Kedah pula kekal pada 10 Oktober 2021 untuk murid kelas Tingkatan 6 Semester 2 dan kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level).

Menurutnya, memandangkan Kedah akan beralih ke Fasa 2 esok, pengoperasian institusi pendidikan termasuk Kolej Vokasional berdasarkan ketetapan pengoperasian negeri Fasa 2 PPN hanya akan bermula pada 17 Oktober 2021.

“Selain itu, susulan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berhubung peralihan Zon Selatan negeri Sarawak ke Fasa 3 berkuat kuasa 1 Oktober 2021, pembukaan institusi pendidikan bagi zon ini kekal pada 4 Oktober 2021 berdasarkan ketetapan pengoperasian bagi negeri Fasa 2 PPN.

“Pengoperasian institusi pendidikan di Zon Selatan negeri Sarawak berdasarkan ketetapan negeri Fasa 3 PPN hanya akan bermula pada 18 Oktober 2021,” katanya.

KPM berkata, merujuk pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) oleh Majlis Keselamatan Negara di beberapa kawasan, semua institusi pendidikan bawah KPM yang berada dalam kawasan PKPD adalah ditutup sepanjang ia berkuat kuasa.

Ujarnya, semua murid di kawasan yang terlibat perlu mengikuti pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

“Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI