fbpx

Pengusaha di Pulau Tioman ‘merajuk’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pulau Tioman.-Gambar hiasan

ROMPIN – Penangguhan gelembung pelancongan di pulau Tioman di sini mengundang kekecewaan kepada pemain industri di pulau peranginan popular itu yang masih terbeban akibat pandemik Covid-19.

Memburukan lagi keadaan apabila pengusaha berkenaan hanya mempunyai tempoh kira-kira dua bulan untuk menerima pelancong sebelum musim monsun yang menyebabkan semua pulau terpaksa ditutup sehingga Mac tahun depan.

Pemilik Tioman Santai Resort, Razib Ali Awan berkata, pe­nangguhan yang diumumkan itu menyebabkan impiannya untuk melihat pelancong kembali ke Pulau Tioman berkecai selepas dia terpaksa membatalkan semua tempahan yang telah dibuat oleh pelanggan.

“Pelancong yang telah membuat tempahan bilik juga terkilan apabila terpaksa menangguhkan rancangan mereka selain ada yang bertindak membatalkan sendiri tempahan.

“Buat seketika, kami rasa lega, namun keputusan penangguhan itu sedikit sebanyak menjejaskan semangat kami. Lagipun, kerajaan tidak menyatakan penangguhan itu sampai bila,” katanya di sini semalam.

Gelembung pelancongan domestik di Pulau Tioman yang dijadualkan dibuka pada hari ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak

Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memaklumkan pembukaan pusat pelancongan termasuk pulau serta aktiviti rentas negeri ha­nya dibuat apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90 peratus populasi dewasa.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha pelancongan di pulau terbabit, Shahrolhazri Sani yang mengusahakan Juara Mutiara Resort berkata, penangguhan untuk membuka semula Pulau Tioman tidak sepatutnya berlaku terutama selepas kejayaan di Langkawi.

Jelasnya, pengiat pelancongan di Pulau Tioman pastinya akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

“Sudah lama kami tidak beroperasi inilah peluang kepada kami untuk meraih sedikit pendapatan apabila gelembung pelancongan dibuka,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI