fbpx

Perez pasrah aksi hambar di Sochi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perez hanya berjaya menamatkan saingan di Sochi pada kedudukan kesembilan ekoran faktor hujan. – AFP

LONDON – Pelumba pasukan Red Bull Racing, Sergio Perez menyifatkan faktor nasib yang tidak memihak kepada dirinya menyebabkan dia sekadar menamatkan Grand Prix (GP) Rusia di Litar Sochi minggu lalu pada tempat kesembilan.

Perez, 31, terpaksa akur apabila sekadar mengutip dua mata apabila terlepas kedudukan podium disebabkan hujan sewaktu perlumbaan tersebut berbaki lima pusi­ngan.

“Jelas sekali situasi ini mengecewakan dan saya me­rasakan diri saya sangat tidak bernasib baik. Saya boleh meraih keputusan yang lebih positif jika hujan cuma turun sedikit.

“Saya sudah terlambat dan sukar untuk membuat keputusan kerana saya berada dalam kedudukan podium ketika hujan turun,” kata pelumba dari Guadalajara, Mexico itu.

Bagaimanapun, Perez enggan menyalahkan keputusannya memasuki hentian pit kali pertama ketika pusingan ke-36 yang menyebabkan dia kerugian hampir sembilan saat masa perlumbaan.

“Saya tidak tahu apa masalah sebenar kerana kami sudah melakukan yang terbaik. Mungkin ada beberapa aspek yang perlu diperbaiki sebelum perlumbaan seterusnya,” jelasnya.

Rakan sepasukan Perez iaitu Max Verstappen memulakan GP Rusia di tempat ke-20 tetapi bangkit mencipta kejayaan sensasi untuk muncul naib juara di belakang pelumba Mercedes, Lewis Hamilton.

Sebagai rekod, perlumbaan seterusnya bagi saingan Formula Satu musim ini iaitu GP Turki di Litar Istanbul Park pada 10 Oktober ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI