JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC) di Hutan Bandar di sini akan dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 (STFC) Johor.
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah berhubung perkara itu dalam satu kenyataan yang dikongsikan dalam laman Facebook miliknya, hari ini.
“Saya telah menitahkan agar TMIYC Hutan Bandar, Johor Bahru dijadikan pusat operasi Special Task Force Covid-19 (STFC) Johor.
“TMIYC Hutan Bandar akan menjadi pusat tumpuan bagi segala inisiatif STFC Johor sepanjang masa pandemik ini sehinggalah situasi di Johor kembali normal.
“Diharapkan ini dapat membantu usaha dan inisiatif STFC Johor dalam pengurusan wabak Covid-19,” titahnya. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929