fbpx

CL dapat bantuan Anne Marie

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CL dan Anne Marie.

RAPPER terkenal CL mendedahkan bahawa single terbaharunya, Lover Like Me yang diluncurkan baru-baru ini mendapat sentuhan penyanyi dan penulis lirik terkenal dari Barat, Anne Marie.

Penyanyi itu melancarkan single tersebut pada Rabu lalu tepat pukul 12 tengah hari waktu Korea Selatan.

Lagu tersebut merupakan prapeluncuran kedua CL sebelum melancarkan album penuh pertamanya, Alpha yang dijadualkan menemui peminat 22 Oktober depan.

“Lover Like Me turut mendapat sentuhan rapper hip-hop Korea, Nafla, Anne Marie, Sarah Blanchard, Cleo Tighe dan Freedo.

“Lagu ini mengisahkan tentang perpisahan yang terpaksa diucapkan kepada kekasih yang tidak setia,” ujar bekas anggota kumpulan 2NE1 itu.

Untuk rekod, CL memulakan debutnya dalam industri K-pop bersama tiga lagi rakannya dalam kumpulan 2NE1 pada 2009 sebelum kemudian dibubarkan lima tahun lalu.

CL kemudiannya meninggalkan agensi YG Entertainment dan memberi tumpuan untuk karier solonya sebagai penyanyi dan penulis lagu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI