KLUANG – Seorang lelaki nyaris maut apabila kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah lori treler berhampiran Plaza Tol Machap, Simpang Renggam di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa, Mohamad Azizul Wagiman, 24, yang memandu seorang diri terselamat dan hanya mengalami kecederaan pada kaki kanan.
Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Shalneeraj Abdullah, mangsa sempat melepaskan diri selepas kaki kanannya tersepit di bahagian pedal minyak sebelum kereta dipandunya remuk teruk akibat pertembungan dengan treler berkenaan.
“Kami menerima panggilan kecemasan pada puku 4.12 pagi sebelum sebuah jentera FRT bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan kekuatan keseluruhan seramai tujuh anggota dihantar ke tempat kejadian.
“Mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluar Operasi (PKO) dalam tempoh dua minit dan diserahkan pada ambulans Kementerian Kesihatan (KKM),”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, mangsa kemudiannya dihantar ke Klinik Kesihatan Simpang Renggam bagi mendapatkan rawatan lanjut.-K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929