fbpx

LMK larangan penjualan arak ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mengumumkan Garis Panduan Lesen Minuman Keras (LMK)yang diumumkan sebelum ini ditangguhkan.

DBKL melalui satu kenyataan memaklumkan, LMK yang telah digunapakai berkuatkuasa pada 15 November 2020 menyatakan bermula 1 Oktober 2021 penjualan liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina tidak dibenarkan.

“Walau bagaimanapun larangan ini ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober 2021 sehingga 31 Oktober 2021.

“Penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan liquor di Kuala Lumpur,” jelas kenyataan tersebut sebentar tadi.

Tambah kenyatan tersebut lagi, kemudahdapatan dan aksesibiliti liquor telah menjadi aduan dan bantahan, kerana ia mendatangkan kemudaratan kepada keselamatan orang ramai.

“Pada masa ini pemilik LMK runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat Cina sehingga 31 Oktober 2021,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI