fbpx

Ahmad Maslan mengaku terima RM1.1juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan

PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan mengaku menerima RM1.1 juga daripada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menganggap dirinya menjadi mangsa kerana dana politik tidak diaktakan.

Beliau ketika membahaskan mengenai Akta Dana Politik di persidangan Dewan Rakyat hari ini berkata, beliau bagaimanapun lega kerana dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mahkamah.

Bagaimanapun, keadaan menjadi sedikit tegang apabila Khoo Poay Tiong (PH- Kota Melaka) mempersoalkan mengapa Ahmad Maslan membayar kompaun RM1.1 juta jika beliau bukan seorang mangsa.

“Saya telah ditawarkan kompaun pada Oktober 2019 tetapi saya lawan kerana ada yang dikompaun RM50,000 iaitu 50 kali ganda oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya rasa Yang Berhormat Langkawi tidak tahu tentang perkara itu.

“Macam mana boleh 50 kali ganda kompaun, ada orang kena RM100,000, itu 25 kali ganda, maka saya lawan pada ketika itu. Tapi saya melihat lambat betul proses, jadi saya mengaku kepada SPRM saya terima RM1.1 juta. Saya tidak mengaku terima RM2 juta,” katanya.

Beliau turut mendedahkan Najib sendiri telah mengesahkan nilai sebenar yang diterima dan meminta agar keputusan mahkamah yang melepaskan dan membebaskan beliau dihormati. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI