fbpx

Pesawat Aermacchi MB-339 akan diganti pesawat baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tujuh buah pesawat latihan lanjut model Aermacchi MB-339 di bawah perkhidmatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan diganti dengan pesawat platform tunggal baharu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, pesawat baharu itu nanti akan mempunyai keupayaan dwifungsi iaitu sebagai pesawat latihan lanjutan dan pesawat tempur ringan.

“Pesawat keluaran Itali berkenaan yang memasuki perkhidmatan TUDM pada 2009 kini digantung operasinya sejak 2018 susulan kemalangan yang berlaku di Kuantan, Pahang serta beberapa masalah teknikal berkaitan enjin pesawat terbabit.

“Perolehan pesawat baharu bagi menggantikan pesawat itu merupakan antara fokus 10 tahun pertama iaitu dari 2021 hingga 2030 di bawah Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55),” katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Shu Qi (PH-Kluang) yang ingin tahu rancangan penamatan operasi Aermacchi MB-229M serta jumlah rekod penerbangan tujuh buah pesawat sehingga kini.

“Berdasarkan tempoh hayat ekonomi pesawat pejuang dan Pelan Perancangan Pembangunan Keupayaan TUDM, pesawat Aermacchi MB-229 dijadualkan tamat pengoperasian pada 2028.

“Perolehan pesawat baharu bukan sahaja mampu memberi pulangan penjimatan kepada kewangan kerajaan, malah dapat meningkatkan keupayaan pertahanan negara,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI