fbpx

Mustaqim pesan jangan menangis, sedekah doa – Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yahya Jaafar (tiga dari kiri) menyampaikan cek dari Perkeso kepada ibu kepada Allahyarham Mohamad Mustaqim Ismadi, Maglita Varshay Ibrahim (dua dari kanan) yang meninggal dalam kemalangan jalanraya sambil diperhatikan Sing Chuang (dua dari kiri) dan bapa mangsa Ismadi Mustafa (kanan) di Flat Serantau, Larkin, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Pemandu lori syarikat logistik dan penghantaran bungkusan yang maut akibat kebakaran, Muhammad Mustaqim Ismadi, 23, pernah berpesan agar jangan menangisi pemergian orang, tetapi sebaliknya mendoakan mereka.

Ibu Allahyarham, Maglita Varshay Ibrahim, 49, tahun berkata, anak sulungnya membuat pesanan tersebut selepas kehilangan ibu saudaranya akibat Covid-19 kira-kira empat bulan lalu.

Suri rumah itu memberitahu, sejak akhir-akhir ini anaknya itu menunjukkan perubahan ke arah yang lebih baik, sehingga disedari masyarakat setempat dan juga rakan-rakan sekerjanya.

“Kira-kira empat bulan lalu, kakak saya meninggal dunia akibat Covid-19, ketika saya sedang bersedih, Mustaqim nasihatkan agar jangan menangis sebaliknya sedekah doa.

“Kerana katanya itu adalah perkara yang lebih baik untuk dilakukan berbanding hanya meratapi pemergian orang tersayang,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Johor, Tong Sing Chuang dan Ahli Majlis Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.

Pada 28 September lalu, lori dipandu Mohamad Mustaqim terbabas melanggar pokok sebelum terbakar kerana dipercayai mengelak kon yang berada di atas jalan.

Akibat kemalangan itu, Mohamad Mustaqim tersepit dan maut akibat kebakaran itu. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI