fbpx

Bimbang bayi positif Covid-19 demam, Nazrief Nazri ke CAC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANAK sulung, Nazrief Nazri yang berusia dua bulan, Noah seblum ini tidak menunjukkan gejala ketara sejak disahkan positif Covid-19 pada 23 September lalu.

PETALING JAYA – Bimbang akan kesihatan bayinya yang positif Covid-19 dan kini menunjukkan gejala demam, pelakon Nazrief Nazri ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC).

Menurut Nazrief, 29, anak sulungnya Noah yang berusia dua bulan tidak menunjukkan gejala atau simptom ketara sejak disahkan positif Covid-19 pada 23 September lalu.

Hari ini mereka sekeluarga sepatutnya telah menamatkan tempoh kuarantin di rumah, bagaimanapun Nazrief berasa bimbang apabila anaknya mula demam sejak semalam.

“Sepatutnya hari ini hari yang gembira buat kami. 30 September merupakan hari terakhir kami kuarantin di rumah.

“Alhamdulillah, Baby Noah pun tidak menunjukkan simptom yang ketara, tetapi sejak semalam Noah demam dengan suhu 37.6 darjah Celsius.

“Kami risau dan sekarang kami berada di CAC sedang menunggu keputusan sama ada Noah perlu dimasukkan ke hospital atau tidak. Harapnya tidaklah,” tulis Nazrief.

Dalam masa yang sama, pelakon drama Bidadari Salju itu memohon orang ramai mendoakan kesihatan anaknya agar pulih seperti biasa.

“Saya cuma minta semua yang membaca hantaran ini mendoakan bayi saya cepat sihat. Sumpah tidak kuat,” tulis Nazrief memohon doa.

Terdahulu, Noah yang dilahirkan pada 19 Julai lalu di sebuah perubatan swasta di Putrajaya disahkan positif Covid-19 pada 23 September lalu.

Nazrief bagaimanapun tidak mengetahui bagaimana anak sulungnya itu dijangkiti virus tersebut.

Kata Nazrief, dia tidak pernah membawa Noah keluar dari rumah kecuali ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan bulanan.

Nazrief dan isteri, Aziatul Aqma yang mendirikan rumah tangga pada 15 November 2019 bagaimanapun disahkan negatif virus berkenaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI