PETALING JAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meluluskan sebanyak 4.98 juta permohonan i-Citra melibatkan amaun pengeluaran berjumlah RM20.58 bilion.
Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM4.71 bilion telah dikreditkan kepada ahli iaitu bersamaan 23 peratus pengeluaran yang diluluskan.
“Baki amaun pengeluaran akan dikreditkan kepada ahli berdasarkan jadual bayaran yang telah ditetapkan bagi pengeluaran i-Citra dan pembayaran terakhir adalah pada bulan Februari 2022,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat bertarikh 29 September 2021.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) berkenaan status terkini program i-Citra KWSP yang dilaksanakan pada Julai lalu. – K! ONLINE