fbpx

Jumlah pelancongan di semua negeri menurun tahun lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penumpang beratur bagi proses check-in untuk penerbangan ke Langkawi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Foto FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Prestasi keseluruhan sektor pelancongan di semua negeri tahun lalu menurun secara ketara khususnya dari segi jumlah ketibaan pelawat dan perbelanjaan.

Berdasarkan Survei Pelancongan Domestik 2020 yang dikeluarkan hari ini, jumlah ketibaan pelawat menurun sebanyak 44.9 peratus manakala, jumlah perbelanjaan pula merosot sehingga 60.8 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, penyusutan itu disebabkan oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara tahun lalu.

Beliau berkata, pada tahun lalu, Selangor menerima jumlah perbelanjawan pelawat domestik sekitar RM7.1 bilion iaitu merosot sekitar 52.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Bahkan, jumlah pelawat domestik ke Selangor juga menurun 41.3 peratus kepada 19.7 juta pelawat tahun lalu.

“Negeri lain yang merekodkan penurunan ketara dari segi perbelanjaan domestik termasuk Kuala Lumpur iaitu 57.8 peratus diikuti Sarawak (61 peratus); Perak (61.5 peratus) dan Pahang (64.1 peratus),” katanya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI