fbpx

Everton hampir diaibkan Blackpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN tengah Everton, Tom Davies (kanan) gagal beraksi cemerlang ketika menentang Blackpool malam kelmarin. - TWITTER EVERTON

BLACKPOOL – Everton membuka langkah kiri dalam persiapan menghadapi saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila sekadar seri 3-3 dengan Blackpool di Stadium Bloomfield Road malam kelmarin.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu perlu bekerja lebih keras selepas hampir diaibkan pasukan dari Liga Divisyen Satu jika mahu meraih keputusan positif dalam saingan EPL.

“Meskipun ia cuma perlawanan persahabatan tetapi saya harap para pemain dapat mengambil iktibar daripada keputusan ini. Ketinggalan tiga gol pada awal permainan memang sangat mengecewakan.

“Saya harap para pemain akan terus bekerja keras memperbaiki segala kelemahan,” kata Ancelotti.

Blackpool hanya memerlukan tempoh 11 minit pertama untuk menjaringkan tiga gol menerusi CJ Hamilton, Sulley Kaikai dan Grant Ward.

The Toffees berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui dua gol Gylfi Sigurdsson dan satu daripada Dominic Calvert-Lewin.

Everton akan menghadapi aksi persahabatan seterusnya menentang Blackburn Rovers sebelum memulakan perlawanan pertama EPL bertemu Tottenham Hotspur pada 12 September ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI