fbpx

30 peratus remaja sudah terima dos pertama Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kasemani (kanan) melakukan suntikan vaksin Covid-19 kepada salah seorang pelajar pada PICK Remaja di SMK Sultan Sulaiman I, Kuala Terengganu baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Lebih 30 peratus daripada keseluruhan 2.5 juta sasaran vaksinasi remaja telah menerima dos pertama mereka menerusi Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) Remaja setakat ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan melaksanakan PICK Remaja kepada golongan remaja antara umur 12 tahun sehingga 17 tahun sebagai suatu ikhtiar untuk melindungi mereka.

Beliau berkata, walaupun vaksinasi memberikan perlindungan daripada kesan buruk Covid-19 tetapi ia masih belum mencukupi.

“Pembudayaan amalan normal baharu masih perlu terus dipraktikkan bagi memastikan kita dan anak-anak dapat menjauhkan diri daripada risiko jangkitan.

“Kita ketika ini sedang menghadapi pandemik Covid-19 dan dijangka akan hidup bersama virus ini untuk suatu tempoh masa yang panjang,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada sesi webinar dan Facebook Live bertajuk Hidup Bersama-Sama Virus Covid-19: Kanak-Kanak dan Remaja hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun telah menyaksikan trend peningkatan untuk tahun ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI