fbpx

Widad terima surat anugerah bina pakej C KBKK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA –  Widad Group Berhad (Widad) melalui anak syarikatnya, Widad Builders Sdn. Bhd. (Widad Builders) telah menerima surat anugerah daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk projek pembinaan pakej 3C Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) bernilai RM244.3 juta.

Widad Builders terbabit dalam aktiviti pembinaan dan pengurusan kemudahan bersepadu.

Menurut makluman Kumpulan kepada Bursa Malaysia, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan pada 27 Disember ini untuk tempoh 36 bulan.

Pengarah Urusan Widad, Datuk (Dr) Mohd. Rizal Mohd. Jaafar berkata, disebalik persekitaran ekonomi yang mencabar kini, pihaknya kekal aktif untuk mendapatkan projek-projek baharu.

“Kami berkeyakinan  untuk memenangi lebih banyak projek pengurusan kemudahan bersepadu dan pembinaan pada tahun ini.

“Melalui projek ini, kami berasa positif untuk mencapai sasaran prestasi Kumpulan dan mengekalkan kedudukan kewangan yang baik pada tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehingga kini, Widad telah memenangi kontrak bernilai RM545.7 juta pada tahun 2021, menjadikan nilai tempahan buku Kumpulan bernilai RM1.74 bilion.

“Kami memiliki projek yang mencukupi sehingga membuatkan kami sibuk dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“Sebahagian daripada kontrak tersebut telah dimenangi beberapa bulan lalu termasuk projek bernilai RM53.2 juta untuk membangunkan sekolah di Bangi, Selangor, RM29 juta untuk projek berkaitan pengurusan kemudahan Pangkalan Tentera Laut Diraja Brunei..

“Di samping itu, ia turut melibatkan projek menaik taraf pusat rawatan air di Kuala Muda dan Baling masing-masing bernilai RM129.4 dan RM89.8 juta,” terang beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI