fbpx

Aksi serba tidak menjadi Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA meledak gol saguhati buat Real menerusi sepakan penalti. - AFP

MADRID – Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti seolah-olah tergamam selepas me­nyaksikan pasukannya tewas mengejut 1-2 kepada pen­datang baharu Liga Juara-Juara, She­riff Tiraspol di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Pada perlawanan saingan Kumpulan D itu, Sheriff berjaya meledak dua gol menerusi Jasurbek Yakhshiboev dan Sebastien Thill, manakala gol tuan rumah dijaringkan Karim Benzema melalui sepakan ­penalti.

Ancelotti seperti tidak percaya apabila Los Blancos tewas perlawanan tersebut biarpun melakukan 11 percubaan tepat ke arah pintu gol berbanding pasukan dari Moldova yang sekadar melakukan empat percubaan sepanjang permainan.

“Semuanya serba menjadi untuk mereka (Sheriff) pada hari ini (semalam) sementara kami tidak tahu apa yang berlaku kepada pasukan sehingga tewas mengejut di laman ­sendiri.

“Saya tidak risau, cuma sedih kerana tidak memanfaatkan setiap peluang yang terhidang. Semua pemain sudah tunjukkan komitmen yang tinggi tetapi penyudah sedikit tumpul pada perlawanan ini,” kata pengendali dari Itali itu.

Walaupun akur dengan kekalahan memalukan itu, namun beliau menegaskan, pasukannya tidak layak untuk tewas kerana menampilkan aksi lebih baik berbanding pasukan pelawat.

“Hanya sedikit kesilapan menyebabkan kami berputih mata untuk dapatkan tiga mata. Sudah tentu saya mahu semua pemain jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran biarpun kami tidak patut tewas,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI