fbpx

Sheriff mula terbayang saingan pentas kalah mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHERIFF meraih kemenangan kedua ketika menewaskan Real 2-1 awal pagi semalam sekali gus muncul pendahulu Kumpulan D dengan meraih enam mata. – AFP

MADRID – Sheriff Tiraspol mula memasang impian untuk melangkah ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas mengejutkan juara 13 kali, Real Madrid 2-1 pada aksi Kumpulan D di Santiago Bernabeu awal pagi semalam.

Pendatang baharu dari Moldova itu dianggap melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Liga Juara-Juara, lebih-lebih lagi mereka dilabelkan sebagai pasukan belasahan sebelum saingan bermula.

Sheriff memastikan mereka membawa pulang tiga mata menerusi jaringan Jasurbek Yakhshiboev dan Sebastien Thill sementara Real memperoleh gol saguhati hasil sepakan penalti Karim Benzema.

“Kemenangan di Santiago Bernabeu boleh dianggap sebagai mimpi jadi nyata. Kami sangat gembira dan menikmatinya ke­rana semua pemain yakin serta percaya Sheriff mampu lakukan sesuatu jika bekerjasama.

“Kami datang ke sini (Bernabeu) untuk menang, bukannya sekadar melengkapkan jadual. Sekarang kami meletakkan sasaran untuk melayakkan diri ke pusingan 16 pasukan terbaik,” kata kapten Sheriff, Frank Castaneda.

Sementara itu, jurulatihnya, Yuriy Vernydub berterima kasih kepada semua pemain kerana memberikannya hadiah yang cukup bermakna biarpun mereka tidak diletakkan sebarang harapan pada perlawanan tersebut.

“Saya gembira kerana kami berjaya catat kemenangan ke atas Real, bukan satu tugas mudah. Kami berada pada landasan terbaik ketika ini dan saya harap agar ia berterusan,” ujar beliau. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI