fbpx

Ljungberg, Arsenal akhirnya berpisah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LJUNGBERG (kiri) pernah memangku tugas sebagai pengurus sementara menggantikan tempat Emery sebelum Arsenal melantik Arteta hujung tahun lalu. - TWITTER LJUNGBERG

LONDON – Legenda Arsenal, Freddie Ljungberg meletakkan jawatan selaku pembantu pengurus pasukan itu untuk mengejar cita-citanya dalam bidang kejurulatihan.

Bekas pemain sayap The Gunners itu mengakui, terpaksa mengambil keputusan tersebut bagi mencari angin baharu de­ngan memegang jawatan sebagai pengurus.

Ljungberg, 43, pernah memikul tanggungjawab sebagai pe­ngurus sementara selepas Arsenal memecat Unai Emery pada November 2019 sebelum tugas tersebut diserahkan kepada Mikel Arteta hujung tahun lalu.

“Saya harap Mikel (Arteta) dan pasukan akan terus cemerlang menjelang saingan musim baharu nanti. Terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya,” kata Ljungberg.

Dalam perkembangan sama, Pengarah Teknikal, Edu me­ngakui sedih dengan keputusan Ljungberg tetapi beliau tetap menghormati kemahuan bekas rakan sepasukannya itu.

“Kami sangat sedih melihat Ljungberg meninggalkan pasukan ini kerana semua orang tahu beliau sayangkan Arsenal. Bagaimanapun, ini adalah kemahuannya untuk mencari angin baharu.

“Beliau sudah memberikan banyak sumbangan kepada pasukan ketika berada dalam barisan kejurulatihan terutama sewaktu memangku tugas sebagai pengurus sementara Arsenal,” jelas Edu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI