fbpx

Pelan Tebatan Banjir Selangor siap dalam setahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin (tiga dari kiri) menerima replika cek daripada wakil Kumpulan Semesta di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor hari ini.

SHAH ALAM- Tempoh sekurang-kurangnya setahun diperlukan kerajaan negeri untuk menyiapkan projek Pelan Perancangan Tebatan Banjir (RTB) bagi mengelakkan insiden banjir kilat seumpamanya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kelewatan projek ini disiapkan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun lalu.

“Sistem saliran dan perparitan kebiasannya mengambil masa beberapa bulan sahaja untuk disiapkan.

“Namun, sistem saliran dan perparitan yang kerajaan Selangor laksanakan ini ambil masa setahun untuk disiapkan kerana kita buat sistem saliran untuk menerima jumlah air yang banyak untuk tempoh 100 tahun,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikan bagi mengulas usaha kerajaan negeri dalam mengatasi masalah banjir kilat seperti yang berlaku di Seksyen 13, di sini, baru-baru ini. -K!ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI