fbpx

Lelaki cabul tiga kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis menahan seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual ke atas tiga kanak-kanak di sebuah flat di Sri Damansara, di sini semalam.

Mangsa terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, tangkapan dibuat susulan satu laporan polis yang dibuat seorang lelaki berusia 39 tahun yang mendakwa anaknya dicabul oleh seorang lelaki di tangga flat tersebut.

Kejadian itu diketahui bapa mangsa melalui satu klip video yang ditunjukkan oleh pengerusi persatuan penduduk flat terbabit.

“Menerusi video berdurasi 19 saat yang dirakam seorang saksi, suspek berusia 53 tahun memeluk dan bergesel dengan mangsa yang berusia tujuh tahun.

“Walau bagaimanapun, suspek ditahan oleh saksi kejadian bersama penduduk dengan bantuan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasil siasatan mendapati, suspek turut melakukan perbuatan menjengkelkan itu ke atas dua lagi rakan anak mangsa yang berusia 11 tahun di lokasi yang sama.

“Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792),” ujarnya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI