fbpx

ResQ Team UPSI bantu mangsa banjir Sungai Siput

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Norkhalid Salimin menyerahkan sumbangan kepada pelajar yang menjadi mangsa di Sungai Siput.

SUNGAI SIPUT – ResQ Team Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyerahkan sumbangan makanan serta membantu membersihkan rumah penduduk di Mukim Pulai Kamiri dekat sini yang ditenggelami air akibat banjir kilat kelmarin.

Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, misi kemanusiaan itu sebagai rasa prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk Felda Lasah dan Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Tok Sirat di mukim tersebut.

“Usaha murni ini selaras dengan agenda memperkukuh keinsanan warga UPSI yang sentiasa menyumbang keringat dan tenaga,“ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin menjelaskan, misi bantuan banjir selama dua hari itu membabitkan pensyarah, kakitangan dan ahli ResQ Team Siswa UPSI.

“Selain menyampaikan sumbangan dan mencuci rumah mangsa , kami juga mencuci karpet masjid yang terkena air banjir.

“Empat kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah bas diguna untuk membawa sukarelawan dan peralatan dalam misi bantuan banjir itu,” ujarnya.

Dr Norkhalid yang juga Ketua Projek EmpowerNCER Akademik @ Perak memberitahu, sebanyak 50 pek barangan keperluan asas dan makanan kering sumbangan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) turut diserahkan kepada mangsa banjir.

Pihak UPSI katanya, terlibat dengan Program EmpowerNCER Akademik @ Perak di tig buah sekolah di daerah tersebut iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bawong, SMK Toh Muda Abdul Aziz serta SMK RLKT Lasah yang melibatkan 200 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

“Apa yang menyedihkan ialah 10 pelajar peserta program ini menjadi mangsa banjir dan rumah mereka ditenggelami air di Felda Lasah, “ katanya.-K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI