fbpx

Taman rekreasi awam di Ipoh beroperasi semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pembukaan taman rekreasi awam termasuk Petting Zoo di Taman Rekreasi Gunung Lang membolehkan warga bandar Ipoh beriadah dalam suasana norma baharu. – gambar hiasan

IPOH – Individu yang telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 kini dibenarkan beriadah di taman-taman rekreasi awam di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang beroperasi semula mulai Sabtu ini.

Lokasi berkenaan adalah Taman D.R Seenivasagam dan Taman Rekreasi Gunung Lang serta Pavillion Petting Zoo yang terletak bersebelahan taman tersebut.

MBI dalam satu kenyataan memberitahu, taman rekerasi awam itu dibuka setiap hari termasuk cuti umum dengan waktu operasi bermula pukul 9 pagi hingga 4 petang kecuali Pavillion Petting Zoo iaitu pukul 10 pagi hingga 5 petang.

Menurut kenyataan itu, hanya Pavillion Petting Zoo mengenakan caj masuk mengikut peringkat usia manakala Taman Rekreasi Gunung Lang pula bagi menaiki perkhidmatan bot.

“Pengunjung mesti menunjukkan kad atau sijil digital vaksinasi Covid-19 yang membuktikan mereka telah lengkap dua dos.

“Individu yang telah lengkap divaksin juga dibenarkan membawa anak-anak yang berusia bawah 17 tahun,” ujar kenyataan tersebut.

Pengunjung dan petugas taman rekreasi juga perlu mengikut pematuhan yang ditetapkan seperti menjaga jarak sosial, mengimbas kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera, memakai pelitup muka dan menggunakan cecair pencuci tangan. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI