KUALA PILAH – Seramai empat anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) bertungkus-lumus mengeluarkan seekor kerbau yang terjatuh ke dalam longkang di Kampung Bukit Tempurung, Gunung Pasir, pagi tadi.
Dalam kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba serta APM bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan dari orang awam pada pukul 7.42 pagi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sri Menanti, Mohd Sharif Ahmad, pihaknya tiba di lokasi pada pukul 7.46 pagi dan mendapati kerbau berkenaan masih terperangkap dalam longkang di tepi jalan.
“Kami mengambil masa 15 minit bagi mengeluarkan kerbau bersaiz besar berkenaan menggunakan tali. Kejadian khidmat khas menyelamatkan kerbau seperti ini baru pertama kali berlaku untuk tahun ini.
“Sebaik berjaya ditarik keluar, kerbau berkenaan melarikan diri dan operasi selesai dengan jayanya,” katanya ketika dihubungi di sini tadi. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929