GUA MUSANG – Seramai 230 keluarga Orang Asli Bateq di Kampung Kuala Koh di sini akhirnya dapat menikmati bekalan elektrik selepas 30 tahun mereka menunggu.
Penerimaan bekalan elektrik itu menjadi kenyataan selepas Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjalankan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar di kawasan berkenaan.
Penghulu Kampung Kuala Koh, Mohamad Pokok berkata, kemudahan itu adalah janji pihak kerajaan kepada penduduk Orang Asli Kuala Koh selepas mereka berdepan dengan penularan wabak Measles atau demam campak kira-kira lima tahun lalu.
Katanya, wabak itu menyebabkan 15 penduduk maut hingga keluarga terbabit tidak tenang dan kerap berpindah ke hutan.
“Kami bersyukur apabila janji itu sudah dilaksanakan dan penduduk dapat tinggal dalam keadaan selesa di rumah masing-masing.
“Selama ini, kami tinggal bergelap dan hanya bergantung dengan cahaya lilin atau pelita pada waktu malam,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian bekalan elektrik di Kampung Kuala Koh di sini hari ini. – K! ONLINE.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929