fbpx

Selesa pegang, skrin lebih nipis jadi tarikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN selesa memegangnya, telefon terbaharu daripada Vivo ini memberikan pengalaman fotografi yang hebat.

TELEFON pintar kini menjadi satu peranti yang wajib dimiliki semua orang.

Syarikat-syarikat pengeluar peranti berkenaan sentiasa mencari jalan bagi memberikan spesifikasi terkini dan pada harga terbaik mengikut kelas telefon itu sendiri demi menarik pelanggan membeli produk mereka.

Vivo Malaysia sentiasa menyahut cabaran tersebut dan baru-baru ini, syarikat itu melancarkan peranti terbaharunya, Vivo Y33s.

Apa yang menarik, peranti ini mempunyai bentuk bingkai rata dan ketebalannya hanya 8.0 milimeter dengan berat 182 gram memberikan keselesaan semasa menggenggamnya.

Secara luaran, telefon pintar ini didatangkan dengan paparan 6.58 inci Full HD+, selain menawarkan warna terang dan perincian yang jelas untuk penggunaan lebih mengujakan.

Pengguna juga mendapat perlindungan pada mata dengan adanya penapis cahaya biru terbina dalaman. Ia menyingkirkan sinar biru berbahaya daripada pandangan mata.

Peranti menarik ini dijana dengan pemprosesan Helio G80 dengan kelajuan CPU melonjak sehingga 2.0Ghz.

Selain itu, fungsi unik yang ada pada Vivo Y33s ini adalah ciri memori atau RAM tambahan.

Peranti ini didatangkan dengan 8GB RAM dan jika itu tidak mencukupi, ia boleh diperbesarkan dengan tambahan 4GB.

Pada masa sama, peranti ini dilengkapi dengan kapasiti bateri sebesar 5,000mAh dengan pengecasan pantas 18W.

Pengguna tidak perlu bimbang mengenai hayat bateri kerana pengecasan adalah pantas dan selamat.

Dengan kapasiti bateri sebesar itu, ia memberikan penggunaan sepanjang hari.

Vivo juga komited untuk membawa teknologi fotografi yang inovatif kepada pengguna dan ia diserlahkan dalam peranti ini.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan sistem tiga kamera terdiri daripada sistem 50 mega piksel (MP) serta 2MP+2MP yang menawarkan kemampuan fotografi hebat kepada pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI