fbpx

Rakyat persoal cara bank tukar kad ATM tamat tempoh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara gambar orang ramai beratur panjang di luar bank yang dikongsi di media sosial hari ini.

PETALING JAYA – Tular di media sosial foto orang ramai yang beratur panjang di beberapa cawangan bank semata-mata ingin menukar kad ATM mereka yang tamat tempoh.

Keadaan tersebut membuatkan ramai yang marah dan merasakan pihak bank sepatutnya mencari solusi baharu agar keadaan tersebut tidak berlaku.

Ramai beranggapan dengan keadaan ekonomi sekarang masing-masing dalam keadaan memerlukan duit, dek kerana kad ATM luput orang ramai ‘terpaksa’ beratur panjang untuk urusan tukaran kad semata-mata.

Orang ramai ketika ini mempersoalkan apakah solusi segera yang pihak bank boleh ambil untuk memudahkan pelanggan mereka, tiadakah solusi perbaharui secara atas talian?

Ada juga yang mempersoalkan kenapa pihak bank tidak hantar sahaja kad ATM pelanggan menggunakan perkhidmatan courier yang berlambak di Malaysia.

“Kalau sebelum ni pemotongan duit boleh dibuat tanpa makluman kepada pelanggan, kenapa tidak buat pemotongan untuk tukaran kad ATM secara automatik dengan hanya makluman melalui surat bersama kad ATM baharu,” jelas Hisham Hisham.

“Aku nampak bank hanya sekadar ‘take for granted’ kau nak duit kau usaha la sedaya mampu, walhal semua yang beratur tu pelanggan yang gunakan servis mereka.

“Mereka semua layak dapat layanan setara pelanggan lain dan bukan dilayan seperti si penghutang,” jelas Hilmi Syazwan. K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI