fbpx

Segmen kereta terpakai kembali aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – PCCS Group Bhd. (PCCS) mengunjurkan perniagaan sewa belinya pada bulan ini dengan nilai pinjaman buku sebanyak RM5 juta bakal menyumbang kepada kewa­ngan semasa bagi tahun kewa­ngan berakhir 31 Mac 2022.

Pengarah Urusan Kumpulan, David Chan Wee Kiang optimis terhadap sayap perniagaan sewa belinya, Southern Auto Capital Sdn. Bhd. (Southern Auto) akan menyumbang hasil kepada kumpulan seiring de­ngan peralihan Melaka kepada Pelan Pemulihan Negara fasa dua.

Menurut beliau, pandemik telah menyebabkan peningkatan dalam perniagaan kereta terpakai ekoran masyarakat agak sensitif terhadap per­belanjaan.

“Terdapat permintaan yang baik dalam penjualan kereta terpakai. Kami dijangka ­me­ngagihkan pinjaman seba­nyak RM1 juta setiap bulan bermula bulan ini.

“Melihat kepada perkembangan semasa yang mana banyak sektor ekonomi telah dibuka, kami mengunjurkan saiz pinjaman buku untuk segmen sewa beli akan berganda menjelang tahun kewangan akan datang,” katanya dalam kenyataan.

PCCS sebelum ini telah me­meterai perjanjian usaha sama dengan Justin See Kok Wah untuk membangunkan Southern Auto pada April 19, 2021.

Misi utama penubuhan syarikat tersebut adalah untuk mengoperasikan perniagaan bagi pembiayaan kereta terpakai dan insurans di Melaka dan Johor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN