BUKAN mudah untuk menggapai kejayaan di puncak tertinggi menara gading. Jika tersilap langkah, semua yang dirancang pasti terkandas di pertengahan jalan.
Bagi yang belum mencuba, perjalanan menyempurnakan pengajian di peringkat sarjana atau doktor falsafah (PhD) mungkin terlihat biasa.
Namun, bagi individu yang sudah berada di landasannya, ia pasti menjadi sebuah perjalanan yang panjang, mencabar dan penuh berliku.
Menyesal dan mahu berundur ke belakang, bukan lagi satu pilihan sebaliknya apa yang terbaik adalah terus mengorak langkah dan melakar kejayaan.
Komited bantu pelajar
Pakar pengurusan tesis sarjana dan PhD, Dr. Mohd. Khairul Nizam Zainan Nazri berkata, ramai pelajar tidak dapat menamatkan pengajian tepat waktunya kerana mereka gagal menyiapkan tesis.
“Kekangan masa akibat sibuk menguruskan keluarga atau bekerja bukan alasan utama, sebaliknya mereka gagal dan tidak mahir dalam pengurusan tesis dan pengajian,” katanya.
Dr. Mohd. Khairul Nizam yang lebih mesra dikenali sebagai Dr. Roket adalah pengasas 2M World Sdn. Bhd., giat mengendalikan seminar pengurusan tesis sarjana dan PhD di Malaysia sejak 2016.
Kejayaan Dr. Roket membantu lebih 70,000 pelajar sarjana dan PhD menyempurnakan tesis membuatkan nama individu ini terus mencuri tumpuan ramai terutama golongan guru, pensyarah, pegawai tadbir diplomatik (PTD), usahawan dan profesional.
Awal penubuhan
Mengimbau detik awal penubuhan 2M World Sdn. Bhd., seminar Dr. Roket bermula dalam kapasiti sederhana dengan lima orang kakitangan termasuk beliau dan isteri, Dr. Mardiana Mat Ishak yang juga pelajar PhD pada ketika itu.
Seminar pertama mereka diadakan secara percuma dengan penyertaan hanya 50 orang peserta.
Ketika itu, hanya RM50 berjaya dikumpul menerusi jualan buku penulisan Dr. Khairul dan Dr. Mardiana.
Usaha giat mendekati masyarakat kemudian diteruskan melalui program kembara di seluruh Malaysia dan hasilnya nama Dr. Roket mula dikenali ramai.
Berdepan cemuhan
Walaupun nama Dr. Roket kini menjadi bualan, usaha untuk mendapatkan kepercayaan masyarakat seperti sekarang tidak datang dengan mudah.
Pada 2017 beliau pernah berdepan kecaman hebat di media sosial apabila difitnah mengendalikan program berunsur penipuan dan tidak berkualiti.
Dr. Roket dituduh menawarkan penyelesaian tidak masuk akal kerana kerap meyakinkan pelajar bahawa mereka mampu menyiapkan tesis dalam tempoh singkat iaitu kurang enam bulan.
Disebabkan peristiwa itu, reputasi Dr. Roket terjejas teruk apabila masyarakat mula memandang serong terhadap usahanya.
Lebih menyedihkan, beliau juga tidak dibenarkan masuk untuk mengendalikan sebarang program di universiti.
Namun, peristiwa hitam itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Dr. Roket untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Dr. Roket terus berusaha mencari cara agar masyarakat sedar akan kesungguhan dan kemampuannya membantu pihak SV, universiti, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan negara melahirkan ramai pemegang sarjana serta PhD yang mampu berdaya saing di masa hadapan.
Episod kejayaan
Berkat usaha dan kecekalannya, nama Dr. Roket kembali melonjak naik apabila beliau dinobatkan sebagai salah seorang pemenang yang melayakkan beliau mewakili daerah Selayang ke peringkat akhir di Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2018 (AINS).
Anugerah itu adalah hasil kejayaan Dr. Roket ketika memperkenal sistem pengurusan tesis untuk pelajar sarjana dan PhD iaitu Roket Research Diary (RRD) dan Advance Roket Master PhD Chart (ARMP Chart).
RRD dan ARMP Chart merupakan ‘tools’ pertama di Malaysia dan dunia untuk membantu pelajar Master PhD dalam pengurusan tesis sekaligus pengurusan ‘Life & Academic’ yang lebih tersusun dan seimbang.
Pada 2019, satu demi satu program Dr. Roket kembali menerima sambutan hangat antaranya seminar Mudah Siap Tesis (MST), seminar GEMPUR kini dikenali sebagai Nak Ubah Tesis (NUT), Roket Intensive Class (RIC) 1 serta RIC 2, VIVAlicious, Roket Inner Circle Meeting (RICM), dan pensijilan Coach Roket Master PhD (CRMP).
Seminar GEMPUR dihadiri lebih 1200 orang pelajar sarjana dan PhD, manakala seminar RIC 1 dan RIC 2 berjaya mengumpul penyertaan lebih 150 orang yang kebanyakannya terdiri daripada peserta Platinum Dr. Roket.
Beliau juga aktif berkongsi ilmu pada setiap jam 7.45 pagi dalam slot “Morning Doc” yang dianggap sebagai sebagai vitamin pagi untuk golongan pascasiswazah di laman Facebook dan Youtube rasmi Dr. Roket.
Perkongsian pelajar
Berkongsi pengalaman mengikuti Seminar Mudah Siap Tesis (MST), Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), Mohd. Fauzi Mohd. Said berkata, beliau tekad mendapatkan bantuan Dr. Roket selepas penulisan tesisnya bertangguh sejak sekian lama.
“Selama dua tahun setengah melanjutkan pengajian PhD dalam bidang kejuruteraan di University of Cambridge, saya hanya mampu menulis 50 muka surat tesis sedangkan data sudah pun tersedia.
“Selepas mengikuti seminar ini, saya berjaya mengubah mentaliti lapuk. Saya diajar rutin baharu yang seharusnya diamalkan pelajar sarjana dan PhD. Ia sebenarnya amalan mudah yang saya sendiri tidak sedar selama ini saya tinggalkan.
“Saya bersyukur, kini draf tesis sudah mencapai 1707 muka surat. Ia satu pencapaian mengejutkan dan luar biasa,” katanya.
Menurut Mohd. Fauzi lagi, kemanisan dan kebahagiaan menyambung pengajian PhD di luar negara turut dikongsi bersama rakan-rakan di sana yang juga merupakan ibarat ahli keluarga dalam Platinum Dr. Roket.
“Tiada lagi istilah ‘lonely journey’ walaupun berada di perantauan,” kongsinya.
Seorang lagi peserta MST, Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Dr. Nur Ashikin Marzuki pula berkata, ilmu yang dikongsikan Dr. Roket banyak membantu beliau melancarkan proses pengajian PhD di Universiti Sains Malaysia (USM).
“Selepas saya menyertai seminar Dr. Roket, perkara yang paling tidak boleh dilupakan adalah saat melalui proses pembentangan viva.
“Pembentangan viva yang sepatutnya mendebarkan bertukar menjadi satu sesi perbincangan biasa di mana saya dengan panel penilai sekadar bertukar pandangan dan buah fikiran. Segalanya jadi mudah dan lancar,” kongsinya.
Selain Dr. Nur Ashikin, perasaan sama turut dikongsi dan dirasai oleh Platinum Dr. Roket lain, yang melalui sesi viva antara tahun 2020 hingga 2021 dalam pelbagai bidang dan kepakaran.
Jangan takut
Memahami episod suka dan duka pelajarnya, Dr. Roket turut menitipkan pesanan supaya mereka meletakkan niat dan tujuan melanjutkan pengajian sebagai keutamaan.
“Tanpa niat dan tujuan yang jitu, perjalanan pengajian yang pada awalnya diimpikan lancar pasti menjadi lebih mencabar dan sukar.
“Paling penting, jangan sesekali takut dan gementar kerana pilihan untuk mengukir nama di puncak tertinggi menara gading adalah pengalaman berharga yang perlu dibanggakan kerana pelajar sarjana dan PhD adalah aset berharga masa depan negara,” ujarnya.
Sasar bantu 60,000 pemegang PhD
Menerusi peningkatan sokongan terhadap program dianjurkan, Dr. Roket menyatakan komitmen dan kesungguhannya membantu melahirkan lebih ramai pemegang PhD di negara ini.
“Menjelang 2023, saya komited membantu sekurang-kurangnya 60,000 pelajar lagi untuk memegang PhD sekali gus merealisasikan sasaran KPT.
“Seminar ini tidak hanya tertumpu kepada mereka yang terkandas dalam proses menyiapkan tesis, sebaliknya sesuai untuk mereka yang belum, sedang merancang atau yang sedang menyambung pengajian di peringkat sarjana dan PhD,” katanya.
Justeru, jika anda antara individu yang inginkan perubahan dalam pengajian sarjana dan PhD, Dr. Roket bersedia membantu menerusi seminar Mudah Siap Tesis (MST) yang akan diadakan secara maya tidak lama lagi.
Rebut peluang menjadi yang terawal menyiapkan tesis dengan mendapatkan ebook 31 Panduan Tulis Tesis Cepat secara percuma menerusi pautan ini.