fbpx

Ribut petir, hujan lebat landa 13 negeri hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di 13 buah negeri berdepan amaran ribut petir serta hujan lebat sehingga pukul 9 malam, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu diramal akan melibatkan seluruh negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Sementara itu di Kelantan, ia melibatkan kawasan Machang, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Terengganu kawasan yang terjejas ialah Besut, Setiu, Hulu Terengganu,Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang pula ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Bera dan Rompin.

“Di Selangor pula kawasan yang terkesan di Sabak Bernam, Hulu Langat dan Sepang.

“Bagi negeri Johor pula di Tangkak, Segamat, Muar, Kulai, Johor Bahru dan termasuk seluruh negeri Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya hari ini.

Keadaan itu juga dijangka berlaku di Sarawak melibatkan kawasan Kuching, Samarahan (Samarah dan Asajaya), Betong, Sarikei, Sibu, Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

Turut akan mengalami hujan lebat di beberapa kawasan di Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang), Pantai Barat (Kota Belud), Sandakan (Beluran) dan Kudat (Kota Marudu). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI