fbpx

Penganggur edar heroin tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Rizal (dua dari kanan) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Barat Daya di Balik Pulau hari ini.

BALIK PULAU – Polis Pulau Pinang menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat mengedar dadah jenis heroin di dua lokasi di negeri ini pada Jumaat lalu.

Penganggur berusia 36 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang di tepi Jalan Tun Hussein On, Seberang Jaya pada pukul 4 petang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menemui dua bungkusan heroin seberat 907 gram bersama suspek yang dipercayai aktif dalam kegiatan itu sejak lima bulan lalu.

“Susulan tangkapan itu, polis telah menyerbu sebuah tapak parkir di sebuah kondominium di Golden Triangle di Relau, Bayan Lepas dan menjumpai lapan bungkusan dadah yang disimpan di dalam sebuah kereta jenis Chevrolet.

“Keseluruhan dadah dirampas di dua lokasi itu dianggarkan seberat 4.59 kilogram yang bernilai RM61,573,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI