fbpx

Warga emas guna anak, menantu edar syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Majid (dua dari kanan) hari ini menunjukkan dadah jenis syabu yang ditanam warga emas berkenaan di bawah rumahnya di Kuala Sungai Baru.

MELAKA – Seorang lelaki warga emas antara enam yang diberkas polis selepas dipercayai menjadi dalang sindiket pengedaran dadah menggunakan ahli keluarga, malah turut menanam syabu seberat 7.5 kilogram di bawah rumahnya di Kuala Sungai Baru, di sini kelmarin.

Suspek berusia 64 tahun itu diberkas bersama-sama dua anak lelakinya, menantu dan dua lagi rakan dalam empat siri serbuan dijalankan sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka pada 25 hingga 26 September lalu.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, sindiket digelar Geng Misai itu berjaya ditumpaskan dengan penahanan awal dua lelaki yang merupakan rakan baik kepada dalang utama.

“Pada 25 September lalu, pasukan JSJN IPK berjaya memberkas dua suspek lelaki dan siasatan susulan membawa kepada penahanan pasangan suami isteri, masing-masing berusia 24 dan 21 tahun, yang merupakan anak serta menantu kepada dalang utama kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

“Kita kemudian berjaya mengesan suspek utama dan menahannya di kediaman di Kuala Sungai Baru pada 1.40 pagi, diikuti tangkapan anak lelakinya berusia 27 tahun selepas dipercayai turut menjadi ejen pengedaran dadah didalangi bapanya,” katanya pada sidang akhbar di IPK di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan di kediaman suspek turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 7.5 kilogram bernilai RM223,100 yang ditanam di bawah rumah warga emas berkenaan.

“Suspek telah menyembunyikan dadah tersebut dengan menanamnya di bawah rumah dan akan menggali semula untuk mengambil bekalan mengikut kadar yang diperlukan sebelum diedarkan oleh ahli keluarganya di sekitar kawasan Kuala Sungai Baru.

“Hasil siasatan awal, suspek yang merupakan seorang mekanik dan anak-anak serta rakan rapatnya itu dipercayai telah menjalankan aktiviti tersebut sebulan yang lalu,” katanya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI