fbpx

Dahulu tolak, sekarang Azri akur ambil vaksin untuk bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZRI ISKANDAR kini lengkap dua dos vaksin bagi memenuhi syarat untuk kembali masuk ke set penggambaran.

PETALING JAYA – Dalam kelantangan menolak suntikan vaksin Covid-19, pelakon Azri Iskandar akhirnya kecundang apabila dalam diam-diam selesai menerima dua dos suntikan vaksin demi tuntutan pekerjaan.

Perkara berkenaan didedahkan sendiri isterinya pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty yang sebelum ini turut meluahkan penolakannya terhadap program vaksinasi Covid-19 yang dilaksanakan pihak kerajaan.

Menurut Ellie, Azrie juga mendapatkan vaksin tanpa pengetahuannya.

“Bagaimanapun saya akur dengan tindakan dia mengambil vaksin. Dia buat pun tak cakap dengan saya.

“Saya pun tak mahu gaduh sebab itu pilihan dia,” kata pelakon berusia 51 tahun itu.

Pelakon drama Ayat Dari Langit itu juga harus berlapang dada dengan keputusan Azri memandangkan kerana suaminya perlu keluar bekerja mencari nafkah untuk mereka mereka sekeluarga.

Sebagai penggiat seni, mereka perlu memenuhi syarat lengkap dua dos vaksin sebelum terlibat dalam mana-mana produksi penggambaran.

“Dia sebenarnya tak gembira dengan perkara itu (vaksin). Tapi sebab dia ketua keluarga kena cari nafkah,” katanya lagi.

Terdahulu, pasangan suami isteri itu lantang menolak suntikan vaksin termasuk kedua-dua anak mereka yang berusia 17 dan 12 tahun atas faktor keselamatan dan kesihatan.

Tindakan mereka menjadi perdebatan netizen apabila kedua-dua anak mereka membuat laporan polis pada 30 Ogos lalu untuk menolak suntikan vaksin bagi pelajar sekolah yang diwajibkan pihak kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI