fbpx

‘Salam Sejahtera Tan Sri’, status kes Covid Noor Hisham jadi bahan usikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar status yang dimuat naik Noor Hisham di Facebooknya.

PETALING JAYA – Perkataan ‘Salam sejahtera Tan Sri’ yang dimuat naik bersama statistik kes harian Covid-19 di Facebook Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menjadi bahan usikan pengguna media sosial hari ini.

Rata-rata orang ramai membanjiri ruangan komen status tersebut dengan mengaku seolah-olah Noor Hisham memanggil mereka Tan Sri.

“Tan Sri, saya dah kata dalam meeting (mesyuarat), dalam media sosial jangan panggil saya Tan Sri. Aduhai, peningnya kepala,” tulis Eman Sanside.

“Seluruh rakyat Malaysia naik pangkat jadi Tan Sri,” kata Ce Sheng.

“Kenapa Tan Sri panggil saya Tan Sri,” kata Luqman Hassim.

“Kita semua dah jadi Tan Sri. Yahuu,” ujar Mohammad Hanafi Abd. Aziz.

Sementara itu, Noor Hisham di Facebooknya memuat naik dua kali status kes harian Covid-19 di negara, dengan ‘posting’ pertama ditulis ‘Salam Sejahtera Tan Sri’ diikuti kes Covid-19.

Selang beberapa minit kemudian status terbaharu kes harian Covid-19 di negara dimuat naik tanpa perkataan ‘Salam Sejahtera Tan Sri’ – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI