fbpx

Samseng dalam Squid Game, pencinta kucing dalam hidup sebenar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENONTON barangkali sangat membencinya disebabkan watak antagonis seorang samseng bernama Jang Deok-su yang dijayakannya dalam siri Netflix nombor satu global, Squid Game.

Pun begitu, dalam dunia realiti, pelakon yang menjayakan karakter tersebut, Heo Sung-tae ternyata seorang yang sangat berbeza dan sangat menyantuni semua makhluk termasuk haiwan peliharaan, kucing.

Menerusi akaun Instagram rasminya @heosungtae, selain berkongsi perihal kehidupan seharian dan kerjaya, pelakon berkenaan acap kali berkongsi entri berbentuk untaian keletah kucing-kucing peliharaannya.

Kata orang putih, ‘don’t judge a book by it’s cover’ ataupun dalam bahasa Melayu membawa maksud tak kenal maka tak cinta, dan ternyata Sung-tae benar-benar memberi definisi tersendiri terhadap frasa tersebut.

“Ya Tuhan, anda kelihatan sangat baik, bertentangan dengan karakter yang anda bawa (dalam Squid Game). Aktor yang sangat bagus,” tulis seorang peminat dalam ruangan komen satu entri yang dimuat naik Sung-tae.

HEO SUNG-TAE gemar berkongsi foto kucing-kucing peliharaannya menerusi akaun Instagram rasmi miliknya, @heosungtae.

Heo Sung-tae mencuri tumpuan ramai peminat global apabila menjayakan watak samseng bernama Jang Deok-su dalam siri hasil produksi Korea Selatan yang mencetus fenomena seluruh dunia iaitu Squid Game.

Karya arahan sutradara Hwang Dong-hyuk itu mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi siri Korea Selatan pertama mendaki tangga atau rangking nombor satu di Amerika Syarikat.

Sebelum ini, kedudukan yang paling tinggi pernah dicapai siri ‘hasil tangan’ Korea Selatan adalah Sweet Home iaitu pada tangga ketiga. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI