fbpx

STAR sahkan bertanding kerusi DUN Tambunan, Paginatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jeffrey (empat dari kiri) menerima borang keahlian STAR daripada Abidin (tiga dari kiri) pada majlis khas di Ranau.

Oleh IVAN AMIRUL

RANAU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengesahkan bakal meletakkan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan dan Paginatan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Presiden parti, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata, bagaimanapun pihaknya masih berunding bersama rakan sekutu parti lain yang bsrada di bawah Perikatan Nasional (PN) bagi memperoleh kerusi lain.

“STAR sudah pasti meletakkan calon di dua kerusi ini sempena pilihan raya yang akan diadakan bulan depan.

“Sebelum ini, STAR bakal mewakili parti untuk DUN Paginatan ekoran penyandangnya, Datuk Abidin Madingkir mengambil keputusan meninggalkan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) akhir bulan lalu dan kemudiannya memilih STAR bagi meneruskan perjuangan politik beliau.

“Setakat ini yang pasti STAR bakal bertanding di DUN Paginatan dan Tambunan.

“Rundingan untuk kerusi lain pula masih lagi berjalan namun jumlah yang kita minta belum dapat diumumkan,” katanya ketika media selepas menerima kemasukan Abidin bersama kira-kira 1,000 bekas ahli UPKO ke dalam STAR di Kampung Lohan semalam.

Abidin antara 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di bawah kerajaan pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) yang membuat keputusan keluar parti dan
memberi sokongan kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman ketika cubaan mengambil alih kerajaan hujung Julai lalu.

STAR mengekalkan Abidin untuk mempertahankan Paginatan berdasarkan sokongan kuat pengikutnya di kawasan itu, manakala Jeffrey kekal bertanding semula di Tambunan.

Sementara itu, ditanya mengenai hasrat Parti Bersatu Sabah (PBS) mahu mengambil alih Tambunan pada PRN Sabah bulan depan, Jeffrey menyatakan setiap parti mempunyai berhak memilih kerusi mahu ditandingi tetapi terpulang kepada rakyat menentukannya.

Dalam pada itu, berkaitan penggunaan lambang, Jeffrey berkata pemimpin semua parti bakal membincangannya dari setiap sudut dalam penggunaan satu lambang untuk mewakili pasukan PN mesyuarat yang dijangka diadakan sebelum akhir bulan ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI