fbpx

940 kertas siasatan Akta 446 dibuka sejak 1 Jun 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 940 kertas siasatan telah dibuka dan 618 kompaun dikeluarkan di bawah Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula 1 Jun 2020 hingga kini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, antara kesalahan seperti gagal memohon Perakuan Penginapan dan kegagalan memenuhi standard minimum penginapan pekerja seperti penyediaan almari, katil, tilam serta bantal.

“Secara keseluruhan sehingga 25 ogos 2021 sebanyak 23,992 majikan telah diperiksa melibatkan 129,668 tempat penginapan yang didiami pekerja asing dan pekerja tempatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bangi, Dr. Ong Kian Ming mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memastikan Akta 446 dipatuhi oleh syarikat-syarikat di sektor pembuatan dan pembinaan.

Dalam pada itu, Saravanan berkata, hasil pemeriksaan dan penguatkuasaan bermula 1 Jun 2020 hingga kini mendapati sebanyak 12,195 permohonan Perakuan Penginapan telah dibuat oleh majikan.

Menurut beliau, permohonan yang turut melibatkan penyedia penginapan berpusat tersebut melibatkan seramai 992,743 pekerja.

Jelas beliau, usaha sama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memainkan peranan penting dalam perkara tersebut.

“Apabila kita buat penguatkuasaan, daripada segi kebanaran membina pusat penginapan adalah kelulusan dibawah bidang kuasa KPKT,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI