fbpx

Pertuduhan kes Ketua UMNO Bayan Baru disebut 3 November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mansor hadir di Mahkamah Seksyen di Butterworth hari ini bagi sebutan semula membabitkan 164 pertuduhan.

SEBERANG PERAI – Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini menetap 3 November depan bagi tarikh sebutan semula kes 164 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM20.22 juta membabitkan Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Mansor Musa, 58.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh berkenaan bagi pengurusan kes selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk kesemua pertuduhan itu dibicarakan secara bersama.

Pada prosiding hari ini, sebutan semula kes dibuat secara bersama, selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebelum ini telah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Seksyen Butterworth kerana kes membabitkan dokumen dan saksi sama.

Semasa prosiding, peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh memohon agar ikat jamin yang dikenakan di Mahkamah Kuala Lumpur dilepaskan dengan alasan kes itu dibicarakan secara bersama. Pihak pendakwaan tidak membantah dengan permohonan itu.

Hakim Ahmad Zahari membenarkan permohonan tersebut sambil mengekalkan jaminan yang dibuat di Mahkamah Sesyen Butterworth berserta syarat-syarat lain yang turut dikekalkan.

Pendakwaan diketuai Pengarah Kanan Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Faridz Gohim Abdullah bersama Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Law Chin Ho.

Sebelum ini, pada 12 dan 15 Julai lalu bekas pengerusi sebuah koperasi hartanah itu mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan dan dibenarkan diikat jamin RM500,000 di Mahkamah Sesyen Butterworth dan RM200,000 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Beliau turut didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda hingga lima kali hasil daripada kegiatan haram itu atau RM5 juta, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Mansor didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di antara Disember 2008 hingga Ogos tahun lalu. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI