fbpx

Tiada diskriminasi larangan memandu ke atas warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir antara warga emas yang masih memandu dalam keadaan baik.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sudah berusia 96 tahun masih mampu memandu kereta dengan baik di atas jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, itu menunjukkan bahawa tidak boleh ada diskriminasi larangan memandu ke atas warga emas di negara ini.

“Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi arahan untuk warga emas berusia lebih 70 tahun untuk mengembalikan lesen mereka. Tidak pernah kerana kompetensi (individu) adalah berlainan.

“Macam YB Langkawi (Mahathir) beliau dapat dapat memandu dengan baik, malah jauh lebih baik daripada orang yang gila-gila bawa kereta di atas jalan raya,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai meletakan had usia kepada warga emas dan pindaan undang-undang.

Justeru, kata Ka Siong, tidak boleh ada diskriminasi memandu di atas jalan raya bagi mereka yang berumur lebih 70 tahun.

“Ini bukan pendirian Kementerian Pengangkutan dan kami tidak berhajat pun,” katanya. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI