fbpx

Lelaki reda ditimpa najis di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan lelaki tersebut yang ditimpa najis yang keluar daripada saliran paip di bumbung pusat membeli-belah itu.

PETALING JAYA – Malang tidak berbau buat seorang lelaki apabila ditimpa najis ketika dia sedang leka melakukan kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Terengganu baru-baru ini.

Lelaki berkenaan ditimpa najis ketika dia sedang membersihkan paip yang tersumbat sebelum saluran itu mengeluarkan najis yang terkena tepat pada badannya.

Menerusi perkongsian video oleh @Mryoechannell di laman aplikasi TikTok miliknya, dia dan rakan-rakannya sedang membersihkan saliran paip yang tersumbat.

Bagaimanapun, berdasarkan video berdurasi lebih satu minit yang dikongsikan oleh @Mryoechannell di TikTok, lelaki itu kelihatan reda apabila sisa pepejal itu jatuh satu persatu ke atas kepala dan badannya.

Susulan perkongsian video itu, orang ramai telah tercuit hati dengan reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki yang bernasib malang itu.

“Aduhai ini memang dinamakan malang berbau, apalah yang abang itu rasa bila merasa seketul-seketul najis jatuh atas dia,” ujar @nissadeluna.

“Tersangatlah malang buat dia, sedih kawan itu terpaksa tadah sahaja, tak boleh nak bergerak-gerak sangat naik benda itu nanti boleh jatuh,” kata @brgg9.

“Ini yang dinamakan hujan emas di negeri orang, hujan najis di muka sendiri. Takziah kawan atas nasib yang menimpa kamu ini,” jelas @haikallutfi. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI