fbpx

Mosti usaha rapatkan jurang penyelidik industri, penyelidik IPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham.

PUTRAJAYA – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) akan mengkaji mekanisme bersesuaian bagi meningkatkan peratusan penyelidik tempatan dalam sektor industri negara.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, satu usaha perlu dilakukan bagi mUengatasi jurang antara penyelidik dalam sektor industri dan universiti.

Beliau berkata, ketika ini, hanya 15.83 peratus penyelidik berada di dalam sektor industri, manakala 79.2 peratus penyelidik berada di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan.

“Jika diamati, negara-negara yang berpaksikan inovasi ini mempunyai lebih daripada 40 peratus penyelidik mereka di dalam sektor industri.

“Buat masa ini, kementerian menerusi inisiatif Researcher Industry Scientific Exchange (RISE) sedang digerakkan bagi membolehkan penempatan penyelidik di industri bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi bagi meningkatkan produktiviti,” katanya pada Majlis Pengumuman Top Research Scientist Malaysia (TRSM) 2021 secara maya hari ini.

Adham menjelaskan, beliau melihat masih banyak ruang dan peluang bagi negara untuk memacu ekonomi inovatif berlandaskan penyelidikan dan pembangunan.

Menurutnya, ketika ini, negara hanya membelanjakan 24.5 peratus untuk aktiviti melibatkan prototaip, perintis dan peningkatan produk dan kurang melabur dalam aktiviti penyelidikan ekspertimental pra-pengkomersialan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI