fbpx

Palestin dekat di hati Allahyarham Dr. Mohd. Tahir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arwah (kiri) begitu lantang memperjuangkan isu melibatkan rakyat Palestin.

PETALING JAYA – Allahyarham Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman disifatkan sebagai figura yang sangat komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan umat Islam sedunia.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Allahyarham juga sangat prihatin dengan isu-isu melibatkan umat Islam dan akan berusaha memperjuangkan pembebasan buat rakyat Palestin.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Faizal dan Anas (Zayan FM) atas pemergian ayahanda tercinta Dr. Tahir Abdul Rahman awal pagi tadi.

“Almarhum seorang yang sangat komited terhadap perjuangan rakyat Palestin dan dan prihatin terhadap nasib umat Islam sedunia,” katanya di dalam status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya hari ini.

Tambahnya, semoga Allah mengampuni, merahmati, mengasihi dan menempatkan almarhum bersama orang-orang yang beriman di syurga.

Dr. Mohd. Tahir meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 71 tahun.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya turut aktif bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara Arab yang bergolak. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI