PETALING JAYA – Seorang lelaki membuat kelainan apabila menyediakan satu tempat untuk memelihara haiwan yang ketika ini menempatkan kira-kira 1,500 ekor kucing terbuang dan memerlukan rawatan.
Tempat dikenali sebagai Butana Kucing Perlis itu menerima kucing yang ingin diserahkan oleh pemiliknya sama ada tidak mampu lagi membela si bulus atau lain-lain alasan.
Pekerja tempat itu, Zakaria Shafie berkata, terbaharu, dia telah menerima sebanyak 50 ekor kucing daripada seseorang di Ipoh, Perak yang mempunyai masalah untuk membela haiwan berkenaan.
“Pemiliknya mahu kucing-kucing itu mendapat jagaan yang baik. Semalam tidur di rumah tuan, hari ini akan tidur di bustana.
“Semalam dapat merasa suasana dan persekitaran di Ipoh, hari ini terus ada di Perlis,” katanya dalam status di laman Facebook miliknya.
Tambahnya, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kucing yang dipelihara di bustana meningkat kepada 1,500 ekor.
Menurutnya, dia berharap agar usahanya mendapat sokongan peminat kucing dan sentiasa dimurahkan rezeki bagi terus membantu, menerima dan menyelamatkan si bulus.
Susulan daripada perkongsian itu, orang ramai memuji tindakan pemilik di kawasan berkenaan dan mendoakan kesejahteraan pekerja-pekerja di Bustana supaya sentiasa sihat untuk menjaga 1500 kucing.
“Saya doakan semoga kesemua staff Bustana dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang sihat selalu untuk merawat dan menjaga hampir 1500 ekor kucing yang ada,” kata Atim Sharifuddin.
“Mesti tuan dia dah cuba sedaya upaya, macam mana perasaan tuan dia berpisah dengan semua kucing yang dia jaga dan tatang hari-hari macam anak sendiri, sedihnya,” ujar Asma Yati. -K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929