fbpx

Bapa Faizal Tahir meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal (kiri) dan arwah bapanya, Mohd. Tahir.

PETALING JAYA – Bapa kepada penyanyi terkenal, Faizal Tahir iaitu Dr. Mohd. Tahir Abdul Rahman meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 71 tahun.

Berita pemergian Allahyarham dikongsi adik Faizal, Anas Tahir yang juga penyampai radio Zayan FM menerusi hantaran dalam akaun Instagramnya sebentar tadi.

“Terima kasih Allah. Terima kasih untuk segalanya. Terima kasih abah. Kami sangat sayangkan kamu,” tulisnya.

Berita duka tersebut turut dikongsikan seorang lagi anak Allahyarham, Fazli Tahir dalam akaun Facebook miliknya dengan menyatakan bapanya meninggal dunia pada pukul 3.40 pagi tadi (Selasa).

Faizal menerusi Instagramnya turut berkongsi khabar sedih tersebut dengan memuat naik sekeping foto berwarna hitam.

Allahyarham merupakan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM) turut aktif bersama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin dan negara Arab yang bergolak. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI