fbpx

Lebih 42 juta dos vaksin telah diberi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Sebanyak 42,699,197 dos vaksin Covid-19 telah diberikan setakat semalam menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Jawantankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi Twitter rasminya hari ini memaklumkan, jumlah penerima dos pertama sebanyak 23,007,292, manakala 19,784,628 orang sudah menerima dos kedua.

Menurut perkongsian itu, setakat semalam juga sebanyak 93.8 peratus jumlah populasi negara mendapat dos pertama, manakala 84.4 peratus lengkap dua dos vaksin.

Paparan menerusi laman Twitter JKJAV, hari ini.

Sementara itu, vaksinasi harian semalam pula mencatatkan 323,335 dos dengan 172,388 menerima dos pertama dan 150,947 dos kedua. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI