SUNGAI PETANI – Bau busuk dari sebuah rumah di Taman Ria di sini membawa kepada penemuan mayat mekanik berusia 56 tahun pada pagi ini.
Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan mereput di atas katil kira-kira pukul 11.10 pagi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, pihaknya bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani bergegas ke rumah tersebut.
“Kita terpaksa menggunakan khidmat bomba untuk memecahkan pintu bilik utama yang berkunci dari dalam.
“Mangsa yang masih bujang dipercayai telah meninggal dunia lebih dua hari lalu dan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE.