fbpx

PJ City, Sabah FC sama handal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amri Yahya (tiga dari kiri) cuba melepasi halangan Zainal Abidin Jamil (dua dari kanan) dalam perlawan sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pasukan Petaling Jaya City (PJ City) berjaya bangkit untuk mengikat Sabah FC dengan keputusan 1-1 pada aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Malaysia sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium MB Petaling Jaya itu, skuad The Phoenix kendalian P. Maniam terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pembukaan yang dilakukan oleh pemain import pasukan pelawat, Park Tae-su menerusi rembatan percuma pada minit ke-20.

Namun, pada saingan babak kedua, skuad The Rhinos yang mendapat sentuhan jurulatih baharu, Datuk Ong Kim Swee mula diasak dengan kebangkitan yang dipamerkan oleh pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, Sabah terlebih dahulu berpeluang untuk melebarkan jaringan selepas dihadiahkan sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan oleh Levy Madinda selepas rembatannya ditepis penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz.

Darren Lok menjadi penyelamat buat pasukan tuan rumah apabila meledak gol hasil gerakan solo menarik pada minit ke-79 untuk memastikan kedudukan terikat 1-1.

PJ City sepatutnya berpeluang untuk meraih tiga mata penuh pada masa kecederaan tetapi sepakan yang dilakukan oleh Syahmi Zamri berjaya ditepis penjaga gol pasukan pelawat, Robson Rendi Runing. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI