ISKANDAR PUTERI – Penyandang juara Piala Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk menjinakkan The Red Warriors 2-0 pada aksi pembukaan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.
Gol pada perlawanan itu dijaringkan oleh Bergson Da Silva menerusi sepakan penalti pada babak pertama dan Safawi Rasid di separuh masa kedua.
Pasukan tuan rumah tidak memberi ruang kepada pasukan Kelantan FC untuk bernafas apabila berterusan mengasak kubu lawan bagi memburu gol pembukaan.
Setelah melihat pasukan lawan tidak mampu mengundang bahaya ke arah kubu gol, Mora mengambil keputusan untuk merehatkan pemain utama lebih awal seperti Bergson, Safawi dan Danial dengan membawa masuk Gonzalo Cabrera, Ahmad Hazwan Bakri dan Safiq Rahim.
Dalam aksi berasingan Kumpulan D, PJ City diikat Sabah FC dengan jaringan 1-1.-K! ONLINE.