fbpx

JPJ tak pernah keluar arahan cat bampar bas warna biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya pengusaha bas sekolah mengecat bampar bas dengan warna biru bagi tujuan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

JPJ menerusi satu kenyataan berkata, buat masa ini, peraturan berkaitan warna dan tanda bas sekolah masih kekal dan tiada sebarang perubahan.

Menurutnya, ia adalah selaras dengan peraturan di bawah Kaedah-Kaedah Bas Sekolah (Warna dan Tanda) 1987, di mana melalui peraturan ini, semua bas sekolah yang beroperasi hendaklah dicatkan dengan warna Amber.

“Manakala tulisan ‘BAS SEKOLAH’ pada kenderaan bas tersebut hendaklah dicatkan dengan warna hitam,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng mendakwa, JPJ mengarahkan supaya bahagian bamper bas sekolah diwarna dengan cat biru untuk tujuan pemeriksaan di Puspakom.

JPJ berkata, kenyataan dikeluarkan Guan Eng itu tidak benar dan juga peraturan yang dinyatakan tersebut tidak pernah dikeluarkan kepada mana-mana pengusaha atau pengendali bas sekolah, di negara ini. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI