fbpx

Sindiket edar heroin hampir RM1juta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jefferi (kiri) menunjukkan dadah yang dirampas polis dalam beberapa siri serbuan itu.

SHAH ALAM – Kegiatan satu sindiket pengedaran dadah tumpas dengan merampas 30.35 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM910,000 dalam siri serbuan sekitar Lembah Klang, minggu lalu.

Turut ditahan adalah sembilan suspek termasuk seorang wanita berusia 30 hingga 50 tahun hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Ketua JSJN Selangor, Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah berkata, penangkapan awal dilakukan terhadap seorang lelaki di sebuah rumah teres dua tingkat di Puncak Alam, dekat sini pada 20 September lalu.

“Hasil soal siasat kemudian membawa kepada beberapa serbuan di sekitar Subang Jaya, Petaling Jaya, Gombak, Brickfields dan Cheras .

“Dalam serbuan pada hari sama itu, seramai tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Jelas Ahmad Jefferi, selain rampasan 57 bungkusan berisi dadah disyaki heroin, polis juga menyita aset sindiket berkenaan dianggarkan bernilai RM286,408 untuk tindakan lanjut.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati enam daripada suspek memiliki rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Selain itu, ujian saringan awal air kencing mendapati salah seorang suspek positif dadah.

“Kesemua suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI